Skip to Content

Manja Food & Spice 

Memperkenalkan citarasa autentik melalui produk makanan dan rempah pilihan.



Manja Food & Spice  

HA Skin & Beauty  

Memperjuangkan kecantikan semula jadi dengan rangkaian produk penjagaan diri yang diyakini dan berkualiti.​



HA Skin & Beauty  

Pengenalan  ManjaBiz  


ManjaBiz diasaskan oleh pasangan suami isteri yang berwawasan, Puan Norhasmiza dan Encik Amir Ridzwan – dua figura usahawan yang telah mengukir nama dalam dunia perniagaan selama lebih sedekad.

Dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang keusahawanan, mereka kini menerajui dua cabang utama di bawah naungan ManjaBiz:

HA Skin & Beauty, memperjuangkan kecantikan semula jadi dengan rangkaian produk penjagaan diri yang diyakini dan berkualiti.

Manja Food & Spices,  memperkenalkan citarasa autentik melalui produk makanan dan rempah pilihan.

Berbekalkan semangat yang tinggi dan visi yang jelas, ManjaBiz kini giat melangkah ke peringkat antarabangsa membawa jenama tempatan ke mata dunia.



Discover More








Misi ,Visi & Objektif ManjaBIZ


Visi ManjaBIZ

Menjadi syarikat korporat yang unggul dalam membangunkan jenama tempatan bertaraf global dalam bidang kecantikan dan makanan tradisi, serta menerajui pasaran dengan nilai inovasi, kualiti dan integriti.


Misi ManjaBIZ

Menyokong pertumbuhan dua segmen utama iaitu kecantikan dan makanan, melalui pembangunan produk yang berkualiti, selamat dan diyakini pengguna.

Memperkasa usahawan bumiputra melalui peluang kerjasama dan pengedaran strategik.

Mewujudkan sistem perniagaan yang mampan dan berdaya saing di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Mengekalkan warisan citarasa dan nilai kecantikan tempatan dengan sentuhan moden dan inovatif.

Membangunkan penjenamaan produk seiring rangkaian operasi yang cekap dan profesional sejajar dengan perkembangan industri global.





  Objektif

Mengukuhkan jenama HA Skin & Beauty dan Manja Food & Spices sebagai pilihan utama pengguna dalam 2 kategori yang berbeza.

Memperluas pasaran domestik ke seluruh Malaysia dalam tempoh terdekat.

Mencapai sasaran pasaran antarabangsa utama menjelang tahun 2023.

Menjalinkan kerjasama strategik dengan rakan niaga, agensi, dan komuniti usahawan tempatan.

Melaksanakan inovasi berterusan dalam pembangunan penjenamaan produk, reka bentuk pembungkusan, dan strategi pemasaran digital.







ManjaBerries 

Dinobatkan

Asia Pacific Super Health Brand 2025–2026

Penganugerahan Asia Pacific Super Health Brand 2025–2026 kepada ManjaBerries merupakan bukti unggul terhadap komitmen berterusan dan usaha kolaboratif HA Skin & Beauty dalam membangunkan produk penjagaan diri yang premium, selamat dan diyakini.

Pengiktirafan berprestij ini bukan sahaja menonjolkan keunggulan jenama dalam inovasi dan kualiti produk, malah turut mengukuhkan kepercayaan serta kesetiaan berterusan pengguna. ManjaBerries terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pilihan utama dalam rutin penjagaan kecantikan harian, sekali gus memperkukuh kehadirannya di pasaran tempatan dan rantau Asia Pasifik.



Our store Contact us